Cari Blog Ini

MH370 : Jumlah Aset Yang Menyertai Operasi Mencari Dan Menyelamat Makin Bertambah, 43 Kapal Dan 40 Pesawat Daripada Pelbagai Negara


Operasi SAR membabitkan 83 aset
[sinar]- Jumlah aset yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu kini mencecah 83 meliputi 43 kapal dan 40 pesawat daripada pelbagai negara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 26 kapal dan 25 pesawat menumpukan pencarian di Laut China Selatan manakala 17 kapal dan 15 pesawat di Selat Melaka.

“Kami bersyukur dengan bantuan dari seluruh dunia. Tidak pernah dalam sejarah banyak aset dari pelbagai negara lain tampil membantu.

Dari hari ke hari, tugasan ini semakin sukar. Namun, seperti dinyatakan sejak awal, tumpuan utama kita ialah mencari pesawat MAS MH370,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya.

Mengulas lanjut, katanya, negara tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat.

Bagaimanapun, katanya, ada ketikanya sesetengah maklumat tidak dapat didedahkan.

“Misalnya maklumat berkaitan data radar memerlukan analisis dan pengesahan daripada agensi lain sebelum didedahkan.

Dari semasa ke semasa, kami sentiasa berhubung dengan negara lain dan menerima bantuan antarabangsa yang ditawarkan.

“Ada yang mengatakan kerajaan melambatkan usaha mencari, itu sama sekali tidak benar.

Malah, kami telah memperluaskan kawasan pencarian kerana menjadi tanggungjawab kami bagi mendapatkan sebarang petunjuk,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.