Cari Blog Ini

MH370 : India Tangguh Usaha Mencari Dan Menyelamat


Malaysia Airlines, Boeing 777-200, MH370
Pasukan Tentera Udara Indonesia mengkaji peta Selat Melaka ketika sesi taklimat sebelum memulakan operasi mencari MH370. Malaysia turut meminta bantuan India untuk mencari di Laut Andaman, iaitu arah barat laut dari lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang. -AP Photo/Binsar Bakkara
India menangguhkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Kementerian Pertahanan bagaimanapun berkata, aset operasinya tetap diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa Malaysia memberi petunjuk bahawa berdasarkan siasatan operasi mencari sudah memasuki fasa baru.

India serentak dengan itu akan merangka rancangan dan strategi baru bagi membantu usaha pencarian dengan menggunakan masing-masing enam pesawat dan enam kapal selain helikopter untuk mencari pesawat MH370  di sekitar Laut Andaman dan Teluk Benggala.

Menurut Kementerian Pertahanan lagi, setakat ini tiada pengesanan dilapor oleh unit yang dikerah untuk mencari di pelbagai kawasan yang ditentukan.

Pakar Kawalan Trafik Udara India sebelum ini menolak kemungkinan pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu memasuki ruang udaranya kerana adalah mustahil bagi pesawat berkenaan melintasi negara benua kecil itu tanpa dikesan radar awam dan tentera.

astro awani

* India Tidak Kesan Pesawat MH370 Di Pulau Andaman, Menurut Laporan


                                     MH370: Vietnam tamatkan operasi

Vietnam menamatkan operasi mencari pesawat MH370 di Laut China Selatan yang digerakkan sejak hari pertama kehilangannya Sabtu lepas namun mengakui bersedia pada bila-bila masa untuk membantu dalam operasi mencari jika diminta Malaysia.

Penamatan operasi itu seiring dengan pengumuman perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa siasatan terkini berhubung kehilangan MH370 mendapati peralatan komunikasi di dalam pesawat itu dimatikan secara sengaja.

astro awani

                         

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.