Cari Blog Ini

MH370 : Identiti Lelaki Kedua Guna Pasport Curi Didedahkan Interpol


MH370: Identiti lelaki kedua guna pasport curi didedahkan Interpol
INTERPOL mendedahkan identiti lelaki kedua bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, warganegara Iran yang menggunakan pasport curi
Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mendedahkan identiti lelaki kedua yang menggunakan passport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata lelaki yang bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, adalah warganegara Iran yang berusia 30 tahun.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dedahkan identiti lelaki pertama yang menggunakan pasport curi sebagai warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19.

Noble berkata pasport kedua-dua lelaki itu tidak terdapat dalam pangkalan data Interpol.

“Jadi, sekiranya mana-mana pihak mencari nama atau nombor passport kedua-dua lelaki ini di pangkalan data Interpol, mereka tidak akan menjumpainya.

“Apa yang kami tahu, apabila kedua-dua lelaki ini tiba di Kuala Lumpur pada 28 Februari, mereka menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport Itali dan Austria.

“Kami kini dalam proses meminta negara-negara di seluruh dunia untuk memberikan apa-apa maklumat mengenai imej kedua-dua lelaki terbabit, passport mereka dan nombor passport mereka,” katanya semasa satu sidang media.

Noble juga menolak kemungkinan keganasan di dalam kejadian ini namun insiden ini ada hikmahnya kerana orang mula beri perhatian tentang penggunaan pasport curi.

Beliau berkata minat di dalam kejadian itu semakin lama semakin pudar selepas pihak polis mengetepikan unsur keganasan.

“Lebih daripada satu bilion kali setahun, orang ramai melintasi sempadan pelbagai negara tanpa passport mereka disemak dengan pangkalan data Interpol.

“Dari pengalaman kami dari seawal 26 Februari 1993 apabila pengeboman World Trade Centre yang pertama berlaku, kami dapati pengganas yang melakukannya menggunakan passport Iraq yang dicuri.

“Tumpuan dunia sekarang adalah untuk mencari pesawat yang hilang dan orang-orang yang terselamat serta membantu penyiasatan.

Kami juga sedang memikirkan kes-kes yang akan dating di mana orang yang berbahaya mungkin melintasi sempadan Negara lain dengan niat yang jahat,” katanya.

Noble menambah bahawa mereka akan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mengikuti semua petunjuk termasuk keganasan, jenayah terancang dan pergerakan haram orang seperti pemerdagangan manusia atau penyeludupan. - astro awani

                           )

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.