Cari Blog Ini

MH370 : Hadi Ho Nafi Polis Siasat Penumpang Lelaki Etnik Uyghur


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan laporan yang mengatakan polis memberi tumpuan siasatan kepada seorang penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media berkaitan siasatan kehilangan pesawat MH370.

"Siasatan adalah rahsia dan masih dijalankan.

"Polis akan memberikan perkembangan terkini dalam kes ini pada masa yang sesuai," katanya dalam saru kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mana-mana laporan yang memetikan kenyataan beliau adalah palsu.

"Laporan itu tidak benar," katanya mengulas laporan yang mengatakan siasatan polis kini bertumpu kepada lelaki Uyghur yang juga salah seorang penumpang pesawat MH370.

Harian Metro hari ini melaporkan PDRM dan Polis Antarabangsa (Interpol) bekerjasama menyiasat latar belakang seorang penumpang lelaki penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang beretnik Uyghur berusia 35 tahun berbanding penumpang lain.

Laporan itu juga menyebut lelaki tersebut disiasat kerana kepakaran yang dimilikinya. - astro awani

Polis, Interpol Siasat Lelaki Etnik Uyghur, Penumpang Pesawat Hilang MH370

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.