Cari Blog Ini

MH370 : Anwar Cuba Dikambinghitamkan Oleh Kerajaan Umno BN !


MH370: Anwar cuba dikambinghitamkan
[sinar]- Setelah lapan hari operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MAS MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu, kerajaan didakwa cuba mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden tersebut.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, kerajaan pusat cuba mencari alasan lain termasuk menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terlibat dalam insiden tersebut.

"Saya fikir mereka tiada modal, tindakan itu tidak wajar menuduh dengan sewenang-wenangnya.

"Jika seorang penyokong PKR itu bersalah, maknanya ramai lagi penyokong PKR dalam jentera kerajaan, guru, polis dan agensi kerajaan lain yang bersalah," katanya kepada Sinar Harian Online di Balai Raya Awam, Kg Sg Kantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan sepatutnya mampu mendapatkan maklumat tentang pesawat misteri itu kerana mereka mempunyai kelengkapan canggih dan agensi risikan tempatan yang diiktiraf dunia.

"Sepatutnya mereka boleh mendapatkan satu jawapan itu, tak payah mereka menuding jari kepada orang lain," katanya.

Malah Muhammad juga menyifatkan tindakan kerajaan BN sebagai tidak adil apabila serbuan ke atas kediaman Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam itu didakwa kerana beliau adalah penyokong tegar PKR.

"Kalau setakat menyiasat tak apalah, tetapi tanpa mempunyai bukti kalau hendak dikaitkan dengan parti dan Datuk Seri Anwar, saya fikir itu tidak adil," katanya lagi.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang pesawat MH370 selepas pengesahan Datuk Seri Najib Razak pesawat itu secara sengaja ditukar haluannya.

Zaharie dikatakan mempunyai sebuah simulator penerbangan yang besar di rumahnya di Sekysen 13, Shah Alam.


                            Anwar: Tak sangka mereka serius tuduh saya

[sinar]- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kehilangan MH370 impak daripada kesedihan juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah dan dipenjara lima tahun.

Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden yang memilukan hati seluruh dunia.

"Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.

"Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat  sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun," katanya dalam ceramah di Sungai Chua, semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, situasi tersebut bukan sahaja juruterbang (Kapten Zaharie) sedih malah jutaan rakyat Malaysia turut berkongsi rasa sama.

"Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tak pula pergi langgar orang.

"PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi," katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar tabloid antarabangsa, Daily Mail melaporkan, kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO)  ke Beijing, Kapten Zaharie turut hadir ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, pimpinan PKR mengakui Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya ahli PKR namun menolak spekulasi yang beliau terlibat dalam konspirasi rampasan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.