Cari Blog Ini

MH370 : Amerika Syarikat Menggerakkan Armada Ketujuh Tentera Laut


Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A Poseidon
Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu  terbang pada  ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.