Cari Blog Ini

MH370 : Ada Keluarga Penumpang Pulang Ke Rumah, Tidak Lagi Fokus Kepada Misteri Kehilangan Pesawat MH370



[tmt]- Beberapa keluarga penumpang pesawat MH370 yang ditempatkan di sebuah hotel di sini menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kaunselor daripada Persatuan Kaunselor Malaysia Nazrul Azizi berkata mereka mahu kembali meneruskan kehidupan seharian dan tidak lagi fokus kepada misteri kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan orang tersayang selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Sabtu lepas, lapor Bernama.

“Selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mereka mendapat sinar harapan baharu.

“Ada keluarga yang kata mahu balik sebab nak uruskan pelbagai perkara. Sebagai kaunselor saya rasa ini satu perkembangan positif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nazrul berkata kaunselor sentiasa bersedia membantu meredakan tekanan emosi anggota keluarga terlibat.

“Bagaimanapun, mereka tetap berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk menenangkan jiwa.

Elemen ketuhanan sangat penting pada waktu ini dan teruskan mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.