Cari Blog Ini

Memalukan, Waris MH370 Dilarang Bercakap Dengan Media !


'Kenapa waris tak boleh cakap dengan kami'
[mk]- Kerajaan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian media antarabangsa ekoran pengendalian situasi kecoh semasa taklimat harian kepada media berhubung perkembangan MH370 semalam.

Beberapa wartawan asing terkejut dengan situasi itu dan bingung berhubung halangan supaya waris kepada keluarga warganegara China dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu tidak bercakap dengan media.

Koresponden TV2 Denmark Benjamin Kurstein berkata, cara pihak berkuasa Malaysia menguruskan keadaan itu “amat malang”.

“Mereka ini jelas kecewa dan datang untuk luahkan kekecewaan itu... saya lihat mereka dikeluarkan daripada bilik persidangan itu.

“Tidak kira sama ada untuk melindungi mereka, atau menghentikan mereka daripada bercakap dengan akhbar, ia akan memberi imej buruk kepada Malaysia,” kata Kurstein kepada Malaysiakini semalam.

Mengingat kembali apa yang disaksikannya semalam, beliau menambah, “hampir-hampir terdapat pergaduhan antara polis dan wartawan.”


                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.