Cari Blog Ini

MAS Perlu Keluar Kenyataan, Pulihkan Imej Juruterbang, Kata Bekas Jeneral


PILOT MH370
Zaharie (kiri) dan Fariq
[kd]- Pengurusan MAS perlu tampil mempertahankan juruterbang mereka ekoran pelbagai spekulasi liar bagi memburuk-burukkan kewibawaan juruterbang pesawat MH370.

Bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, MAS seharusnya tidak bersikap lepas tangan dalam menghadapi spekulasi melibatkan kakitangannya.

“Saya merasa sangat pelik apabila pelbagai tohmahan disebarkan, MAS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mempertahankan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Farid Abdul Hamid.

“MAS perlu mengembalikan kepercayaan penumpang kepada syarikat penerbangan itu dengan segera, bila tiada kenyataan dikeluarkan MAS bagi memulihkan reputasi kakitangan mereka, ini tindakkan pelik,” jelas Abdul Hadi.

Mahu spekulasi liar tanpa bukti itu dihentikan segera, Abdul Hadi juga menggesa kerajaan serius menangani kehilangan pesawat yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

“Berhentilah memburuk-burukkan juruterbang itu, setakat bermain teka teki dan menuduh tanpa bukti semua orang boleh buat.

“Sepatutnya kerajaan harus berusaha lebih keras bagi mengesan di mana sebenarnya pesawat itu berada sekarang, bukanya memberikan jawapan demi jawapan yang tidak konsisten sehingga timbul lebih banyak kekeliruan,” tegas Hadi yang pernah berkhidmat lebih lebih 30 tahun dalam TUDM.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.