Cari Blog Ini

Maldives Sahkan Laporan MH370 Di Ruang Udaranya Tidak Benar



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pada Rabu berkata, Maldives mengesahkan bahawa laporan mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dilihat di ruang udara negara itu adalah tidak benar.

Beliau mengulas laporan mengenai penduduk di Kuda Huvadhoo di Maldives melihat sebuah "pesawat jumbo terbang rendah" di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

* MH370 : Radar Militari Pasukan Pertahanan Maldives Tidak Kesan Pesawat MH370 
 
                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.