Cari Blog Ini

Malaysia Hantar Pesawat Pencari Ke Kawasan Objek Ditemui Satelit China


Imej daripada satelit China yang baru muncul pagi ini. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, TUDM menghantar pesawat menuju ke kawasan itu untuk mencari penerbangan MH370 yang kemungkinan terhempas di kawasan tersebut.   – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.
Imej daripada satelit China yang baru muncul pagi ini. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, TUDM menghantar pesawat menuju ke kawasan itu untuk mencari penerbangan MH370 yang kemungkinan terhempas di kawasan tersebut. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China
Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas, lapor CNN.

CNN memetik sumber daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tidak mahu dinamakan yang memaklumkan mereka pagi ini.

‎Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.

Ketua Penerbangan Awam China berkata hari ini bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.

"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.

Beliau menambah bahawa tiada sebarang bukti angkatan tentera Malaysia sedang menyembunyikan maklumat tentang pesawat itu.

- The Malaysian Insider



                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.