Cari Blog Ini

Mahathir Hairan Teknologi Canggih Gagal Kesan MH370



Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mengapa penerbangan MH370 masih gagal dikesan walaupun kuasa-kuasa besar membantu dan menggunakan teknologi mereka.

Bekas perdana menteri itu berkata, teknologi secanggih itu mampu mengesan pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada.

"Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) amat aneh kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang besar.

"Padahal dengan teknologi sama kita boleh mengesan manusia walaupun ia berdiri di tepi jalan," kata Dr Mahathir dipetik berkata dalam akhbar Berita Harian.

"Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku. Saya memahami perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sampai hari ini kita belum tahu nasib penumpang dan kru,” katanya.

Dr Mahathir berkata, jika pesawat terhempas tidak kira di laut atau di darat, sudah pasti serpihan mampu dikesan oleh kuasa-kuasa besar kerana mereka mempunyai teknologi statelit canggih.

Hari ini masuk hari ke-11, operasi misi dan menyelamat dilakukan untuk mencari pesawat yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat perisikan.

Sehingga kini, 26 negara sudah terlibat dalam membantu Malaysia untuk mencari pesawat Boeing 777 - 200ER tersebut.

Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam selepas ia hilang.

The Malaysian Insider

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap bodoh marah pulak belaci2 UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.