Cari Blog Ini

Lima Maut Di Pesta FMFA Bukit Jalil, Di saat Negara Sedang Murung Dengan MH370


Lima meninggal dunia dipercayai mengambil dadah berlebihan di FMFA 2014
Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi.

"Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India.

Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital.

Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berlebihan.

Dua dari mereka adalah warga tempatan manakala dua yang lain warga Singapura.

Polis percaya dadah diperolehi sebelum mamasuki stadium.

“Keempat-empat yang kritikal telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” menurut polis.

Susulan itu konsert hari ketiga yang seharusnya berlangsung malam ini dibatalkan.

Sepanjang dua hari festival berlangsung yang bermula Khamis lalu, polis turut menahan 22 individu yang dikaitkan dengan dadah.

“Pasukan narkotik dari ibu pejabat Bali Polis Cheras telah menahan tiga individu warga asing yang memiliki pil ecstasy pada hari pertama festival.

12 lagi warga asing dan tujuh rakyat tempatan ditahan pada hari berikutnya kerana dikaitkan dengan dadah.”

 FMFA 2014 dianjurkan oleh Live Scape Sdn Bhd.

Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti  Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.

- astro awani

                          
                          
                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.