Cari Blog Ini

Lagi Selebriti Fail Cerai !


Sari Yanti Disahkan Fail Cerai 25 Februari Lalu, Gagal Hadir Ke Mahkamah
Harian Metro hari ini melaporkan yang Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, semalam.

Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari yang berusia 30 tahun difahamkan telaj memfailkan permohonan cerai pada 25 Februari lalu dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana suaminya ke luar negara atas urusan kerja.

BACA: Sari Yanti Minta Berpisah Dari Suami, Tidak Mahu Pulang Ke Rumah (ext.)

Aktress yang kini merupakan peserta program Fear Factor Malaysia dan suami difahamkan perlu melalui proses sulh pertama bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.

Laporan terbaru ini sekaligus mengesahkan spekulasi yang menjadi buah mulut ramai peminat dunia hiburan beberapa minggu kebelakangan ini.

Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. #sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.