Cari Blog Ini

Korea Selatan Pula Tawar Bantuan Misi Mencari Dan Menyelamat MH370



Republik Korea Selatan menjadi negara ke-13 menyertai misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih lagi belum ditemui selepas tujuh hari pesawat berkenaan hilang dari radar.

Perkara itu disahkan duta republik berkenaan, Cho Byung-Jae dalam satu kenyataan petang tadi, dan berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Luar Malaysia.

"Kerajaan Korea Selatan akan menghantar dua pesawat udara P-3 dan C130 daripada Unit Udara Tentera Korea dengan 39 pegawai sokongan.

"Mereka dijadualkan akan tiba pada Sabtu," kata kenyataan tersebut.

Misi mencari pesawat MH370 masih lagi tiada sebarang penemuan baru meskipun melibatkan beberapa negara dari seluruh dunia.

Misi mencari dan menyelamat kini meliputi sejumlah 57 unit kapal laut dan 48 unit pesawat udara.

Antara negara yang menyertai misi berkenaan adalah Amerika Syarikat, Vietnam, India, Singapura dan beberapa lagi negara lain.

Selain kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka, misi mencari turut diperluas ke kawasan Laut Andaman dan Lautan Hindi ekoran tiada sebarang petunjuk tepat lokasi pesawat berkenaan.

MH370 juga tidak mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan sebelum hilang dari radar pada jam 1.30 pagi di kawasan perairan antara Malaysia dan Vietnam pada 8 Mac.

Pesawat Boeing 777-200ER berkenaan membawa sejumlah 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal dijadualkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.