Cari Blog Ini

Korea Selatan Hantar 2 Pesawat Tentera Cari MH370



Kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk menghantar dua pesawat tenteranya menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 yang masih hilang.

Kedutaan Korea Selatan di sini menyatakan Duta Korea Selatan di Malaysia, Cho Byung-jae, telah memberitahu Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai keputusan itu hari ini.

Kerajaan Korea Selatan akan menghantar dua pesawat berkenaan iaitu P-3 dan C-130 dari Tentera Udara Korea Selatan dengan 39 pegawai dan anggota, yang dijangka tiba esok, kata kedutaaan itu dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Pesawat MH370 hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu lepas. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.

Operasi SAR multinasional yang melibatkan 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara telah dipertingkatkan bagi mencari pesawat itu, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Antara negara yang terlibat dalam operasi itu ialah Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Amerika Syarikat, China, India, Jepun dan Australia.

- Bernama

                          

* Korea Selatan Pula Tawar Bantuan Misi Mencari Dan Menyelamat MH370

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.