Cari Blog Ini

Khairy Jamaluddin Dah Jadi Boneka Penindas !


Khairy Jamaluddin boneka penindas, kenapa tak bersuara isu rakyat?

AMK Pulau Pinang mengecam keras kenyataan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail ‘boneka’ kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan yang tidak matang dan bersifat seksis adalah tidak sesuai dengan status beliau sebagai antara menteri yang paling muda di dalam barisan kabinet selepas PRU13.

Khairy Jamaluddin (KJ) hanya gemar menangguk di air keruh atas apa-apa isu pun. Beliau adalah boneka kepada golongan atasan yang hanya berdiam diri bila isu seperti NFC dan PKFZ mencengkam golongan bawahan. Projek ini adalah menggunakan dana awam dan menindas rakyat terbanyak.

KJ juga hanya diam apabila kebebasan bersuara disekat dengan penarikan lesen akhbar The Heat. Beliau juga sekali lagi diam bila institusi kehakiman diperalatkan untuk keuntungan pemerintah.

Beliau harus malu dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Asrul Sani
Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang
Penyelaras DUN Bertam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.