Cari Blog Ini

Kerugian Berjumlah RM360 Juta : Wakil Rakyat DAP Membuat Laporan Di SPRM, Berhubung Pengakuan Ketua Menteri Melaka


DAP lapor SPRM
 Dua wakil rakyat DAP bersama beberapa pemimpin parti itu membuat laporan di SPRM, semalam
[sinar]- Dua wakil rakyat DAP membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengakuan Ketua Menteri Melaka mengenai kerugian berjumlah RM360 juta yang dialami oleh tiga anak syarikat kerajaan negeri itu.

Dua wakil rakyat terbabit adalah Adun Kota Laksamana, Lai Keun Ban dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Laporan itu dibuat berikutan mereka merasakan berkemungkinan wujudnya unsur rasuah dan penyelewengan meskipun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sekadar melabelkan kerugian itu berpunca daripada masalah pengurusan.

Keun Ban berkata, Idris seperti cuba ‘menyapu habuk di bawah karpet’ mengenai isu kerugian yang dialami tiga anak syarikat kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, ketua menteri itu sepatutnya turut bertanggungjawab di atas kelemahan pegawainya sehingga mendatangkan kerugian itu.

Antara badan yang beliau sebut adalah Yayasan Melaka (YM) didakwa mencatat kerugian RM286 juta, manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) RM50 juta dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebanyak RM25 juta.

“Sepatutnya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pun seharusnya turut dipersalahkan dan bukannya pegawai terbabit sahaja yang dipersalahkan.

“Lagi satu perkara, mengapakan Idris hanya mengambil tindakan menukar sahaja pegawai terbabit ke jabatan lain.

Beliau sepatutnya menggantung sementara tugas pegawai yang disyaki bagi membolehkan siasatan dibuat,” katanya sebelum memasuki

bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.

Selain Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, turut serta Exco Dewan Pemuda Pas, Mohd Zulkhairi Abd Aziz dan beberapa pemimpin DAP lain.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.