Cari Blog Ini

Kenyataan Palsu MH370, Ahli Parlimen Seputeh Buat Laporan Polis


teresa polis reportNaib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim semalam membuat laporan polis berhubung ‘posting’ di laman Facebook yang mendakwa beliau membuat satu kenyataan dengan mengaitkan kejadian pesawat MH370 didalangi pengganas Muslim.

“Pada pagi ini, saya diberitahu terdapat ‘posting’ yang mempunyai gambar dan nama saya disebarkan secara luasnya di media sosial dengan ayat berikut ‘siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi pengganas Muslim, – YB TERESA KOK, Ahli Parlimen Seputeh’.

“‘Posting’ yang mengandungi kenyataan palsu dan pembohongan itu mencaci saya sebagai wakil rakyat, sekaligus mendatangkan kritikan.

“Saya berharap polis menyiasat kes ini dengan serius dan anda semua dapat kongsikan laporan ini dalam Facebook demi menjelaskan tuduhan palsu itu,” katanya dalam kenyataan, selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling.

Menurut Ahli Parlimen DAP Seputeh itu, berdasarkan siasatan yang dilakukan rakannya, ‘posting’ disyaki dimulakan dari akaun Facebook ‘Kami Sokongan DAP Diharamkan Seumur Hidup’.

Ia kemudian disalin dan disiarkan dalam banyak laman termasuk dalam blog http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2014/03/pray4mh370-benarkah-teresa-tuduh.html dan www.facebook.com/redzuanj.

“Selain itu, ia turut disebar oleh pihak tertentu melalui Twitter.

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan terhadap kehilangan pesawat MH370 sejak berita ini dilaporkan dalam media,” ujarnya.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.