Cari Blog Ini

Keluarga Penumpang Warga China Minta Media Salur Maklumat Tepat


Delegas dari China mengadakan mesyuarat dengan pasukan penyiasat Malaysia berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.
Delegas dari China mengadakan mesyuarat dengan pasukan penyiasat Malaysia berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370
Ahli keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berharap media menyalurkan maklumat tepat berhubung perkembangan situasi pesawat itu yang dilaporkan hilang lima hari lalu.

Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang, berkata ahli keluarga terbabit turut berharap agar media tidak menyalurkan berita yang semata-mata berdasarkan spekulasi.

"Itu adalah harapan yang disuarakan ahli keluarga warganegara China yang tiba di Malaysia," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin selepas bertemu dengan 24 ahli keluarga penumpang berkenaan yang dibawa ke Malaysia dari China, dan ditempatkan di sebuah hotel di Putrajaya, malam ini.

Beliau berkata, Kedutaan China juga akan menyalurkan maklumat secara terus kepada ahli keluarga terbabit yang berada di Malaysia.

Huang berkata, sehingga kini emosi yang ditunjukkan oleh mereka adalah baik dan stabil.
    
"Sehingga ini, saya puas hati dengan keadaan anggota keluarga itu. Mereka tenang dan bersabar.

"Mereka hanya mahukan (berita) tepat tentang apa yang berlaku kepada penumpang (MH370)," katanya selepas meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama keluarga itu.

Seramai 153 warganegara China termasuk seorang bayi, adalah di kalangan 239 penumpang dan kru, dari 14 negara yang menaiki pesawat itu yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pagi Sabtu lalu.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.