Cari Blog Ini

Kehilangan Pesawat MH370 : Singapura Tingkat Bantuan, Menghantar Dua Kapal Perang Dan Helikopter Tentera Laut


Singapura Tingkat Bantuan
Sementara itu, Singapura menghantar dua kapal perang dan helikopter tentera laut bagi membantu operasi mengesan pesawat berkenaan.

Pasukan berkenaan akan menyertai pesawat pengangkutan tentera yang telah pun dikerah sebelum ini. Media rasmi Vietnam melaporkan, pasukan pengesan Singapura menjumpai objek terapung yang mencurigakan.

Namun Kementerian Pertahanan Singapura memberitahu agensi Berita Xinhua, tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai penemuan itu.

Operasi mengesan diperluaskan semalam selepas pegawai tentera mendakwa pesawat MAS itu berkemungkinan berpatah balik daripada laluan yang ditetapkan sebelum hilang dari radar.

Di sebalik puluhan kapal dan pesawat tentera serta awam giat berusaha dalam operasi mengesan dan menyelamat, tiada bangkai mahupun serpihan pesawat berjaya ditemui.

# sumber dan video

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.