Cari Blog Ini

Kehilangan Pesawat MH370 : China Hantar 7 Buah Kapal


MH370China setakat ini telah menghantar tujuh buah kapal penyelamat.

Dua daripadanya telah tiba, manakala lima lagi dalam perjalanan.

Menurut Pentadbiran Lautan, Kapal Pengawal Pantai China 3411 memasuki kawasan perairan dan berada kira-kira 45 batu nautika dari lokasi dipercayai pesawat hilang pada pukul 11.30 waktu tempatan.

Pasukan itu bagaimanapun belum menemui sebarang petanda penemuan pesawat.

Kapal itu turut melaporkan bertembung dengan lapan lagi kapal lain dan menghubungi dua daripadanya milik Malaysia.

Sebuah lagi kapal yang telah tiba dikenali Taishunhai.

Dua kapal perang milik tentera laut, Jinggangshan dan Mianyang turut dikerah, selain kapal terbesar, Haixun 31 yang membawa beberapa helikopter dan dilengkapi pengesan objek dalam laut.

# sumber Dan video 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.