Cari Blog Ini

Kegagalan Urus Krisis MH370 Dedah Keupayaan Kepimpinan Malaysia, Kata Penganalisis


Delegasi kumpulan kerjasama yang dihantar kerajaan China ke Malaysia dengan 13 orang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam bertemu Pasukan Siasatan Malaysia di Hotel Sama-Sama, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.
Delegasi kumpulan kerjasama yang dihantar kerajaan China ke Malaysia dengan 13 orang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam bertemu Pasukan Siasatan Malaysia di Hotel Sama-Sama, Putrajaya.
Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.

Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.

Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.

"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .

“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan  budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."

"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.