Cari Blog Ini

KD Kasturi, Lekiu Sertai SAR Ke Lautan Hindi


[gambar fail]
[sinar]- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar dua lagi aset miliknya, KD Kasturi dan KD Lekiu bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Lautan Hindi, sebentar tadi.
KD Kasturi berlepas tepat jam 9 malam diikuti KD Lekiu 15 minit kemudian disempurnakan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Dato Abd Hadi A Rashid di Jeti Operasi Pangkalan Lumut, di sini.

Pelepasan dua kapal itu menjadikan sembilan aset TLDM telah dikerahkan termasuk  tiga pesawat helikopter Super Lynx dan Fennecdalam misi mencari di wilayah koridor selatan.

Isnin lalu, KD Selangor dan KD Kelantan dilepaskan diikuti KD Terengganu dan KD Pahang, semalam.

Abd Hadi berkata, pertambahan kumpulan ketiga itu menjadikan 560 pegawai dan anggota terlibat dalam misi fasa kedua ini merangkumi pelayaran seluas 1,800 batu nautika bermula di Cristmas Island, Australia.

"Misi kali ini berbeza berbanding Laut China Selatan dan Selat Melaka, namun kita harapkan semua aset TLDM yang dikerahkan ini dapat bertahan untuk mengekalkan operasi yang optimum," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.