Cari Blog Ini

Karpal Didenda RM4,000, Masih Ahli Parlimen Bukit Gelugor


Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menghasut kepada Sultan Perak ketika krisis perlembagaan pada tahun 2009.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Azman Abdullah setelah meneliti fakta kes dan kepentingan awam, termasuk keadaan kesihatan Karpal.

Pemimpin PR turut memenuhi ruang mahkamah hari ini sambil menunggu keputusan hukuman dijatuhkan mahkamah.

Antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahuim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir memberikan sokongan moral kepada Karpal.

Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya, minggu lalu.

Ketika proses rayuan pagi tadi, peguam Karpal yang juga anaknya, Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas bapanya kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen.

Pada 21 Februari, Karpal didapati bersalah mengeluarkan kenyatan menghasut bahawa tindakan boleh diambil terhadap Sultan Perak ekoran pertukaran Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pada 2009.

Karpal berhadapan dengan hukuman sehingga maksimun RM5,000 denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


                           SPR: Karpal kekal jawatan MP jika patuhi syarat

[sinar]- Pengerusi DAP, Karpal Singh masih boleh menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen selagi Mahkamah Persekutuan belum memutuskan beliau bersalah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas status Karpal sebaik disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009 dan dihukum denda sebanyak RM4,000

Menurut Abdul Aziz, jika mengikut undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Perlembagaan Malaysia, mana-mana individu yang didapati bersalah serta dihukum denda melebihi RM2,000 serta setahun penjara, maka akan terlucut kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

"Dalam kes Karpal, kalau ikutkan undang-undang tersebut, beliau sudah hilang jawatannya.

"Namun, keputusan itu diputuskan oleh  Mahkamah Tinggi. Beliau (Karpal) masih boleh buat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

"Selagi mana beliau belum disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, beliau masih boleh menjalankan tugas beliau sebagai ahli Parlimen seperti biasa," katanya.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.