Cari Blog Ini

Kapten Zaharie Ahmad Shah Miliki 'Simulator', Punca Polis Serbu Rumah Kapten Pesawat MH370 !


MH370: Juruterbang Bebas Punyai Hobi Termasuk Miliki Simulator - MAS
SEPANG, 14 Mac - Juruterbang berhak mempunyai hobi masing-masing termasuk memiliki simulator penerbangan di kediaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

"Bagi juruterbang, mereka bebas mempunyai hobi masing-masing... mempunyai simulator di rumah sendiri," katanya dalam sidang berita mengenai perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370 di sini Jumaat.

Beberapa media tempatan dan asing melaporkan dengan memetik gambar daripada laman sosial Facebook milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang menunjukkan juruterbang itu mempunyai simulator penerbangan sendiri di rumahnya di Shah Alam.

Ahmad Jauhari berkata siasatan secara terperinci ke atas juruterbang tersebut hanya akan dilakukan jika terdapat petunjuk tertentu.

Jelasnya MAS masih lagi meneliti kesemua senarai krew penerbangan dan penumpang pesawat MH370 itu sebelum memulakan sebarang siasatan terperinci.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kemudian menjelaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas simulator tersebut belum lagi dilakukan.

"Kami tidak dapat jawab soalan mengenai perkara itu sehingga mereka pergi ke rumah itu untuk melihat simulator.

"Polis belum pergi ke rumah itu...belum memeriksanya...tetapi siasatan ke atas juruterbang itu sedang dijalankan," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan ke rumah juruterbang itu untuk menemu bual anggota keluarga juruterbang tersebut, yang merupakan siasatan rutin untuk mencari sebarang petunjuk membabitkan aspek psikologi atau mental.

Kapten Zaharie merupakan juruterbang berpengalaman kerana sudah berkhidmat lebih 30 tahun. Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu lepas.

- BERNAMA


                     Polis serbu rumah kapten pesawat MH370, lapor Reuters

Polis menyerbu rumah juruterbang pesawat MH370 selepas pengesahan Datuk Seri Najib Razak pesawat itu secara sengaja ditukar haluannya, kata seorang pegawai polis sebagaimana yang dilaporkan agensi berita Reuters hari ini.

Anggota polis sampai ke rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, sebaik sahaja perdana menteri menamatkan sidang medianya.

Para penyiasat mengesahkan pesawat yang dikesan melalui radar tentera adalah MH370 yang hilang sejak seminggu lalu selepas sistem perhubungannya dimatikan sebelum melalui pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Zaharie dikatakan mempunyai sebuah simulator penerbangan yang besar di rumahnya di Seksyen 13, Shah Alam.

Beliau pula dikatakan menjadi pendiam sejak kebelakangan ini termasuk semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis dilihat tiba di rumah Zaharie, pada jam 2.42 petang tadi.........baca lagi


                 Kru Penerbangan Atau Orang Lain Sebabkan MH370 Hilang ? 

Beberapa jam selepas Malaysia mengisytiharkan pesawat MH370 hilang semalam, polis menyerbu rumah juruterbang Boeing 777-200ER yang sudah menjadi "misteri penerbangan belum pernah berlaku sebelum ini" sejak hilang lapan hari lalu dengan 239 penumpang.

Siasatan jenayah dilakukan sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata misi pencarian pesawat hilang itu sekarang akan meliputi sejauh utara Kazakhstan dan selatan Lautan Hindi.

Tidak mengesahkan pesawat dirampas, Najib semalam berkata, aktiviti luar biasa MH370 itu “adalah hasil tindakan secara sengaja oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan.”

Media barat memetik pegawai perisikan Amerika Syarikat mengatakan pesawat diterbangkan oleh pakar selepas hilang daripada skrin radar pada awal pagi 8 Mac, 2014 ketika dalam perjalanan ke Beijing.

Ini menyebabkan penyiasatan dilakukan terhadap semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dengan harapan akan bertemu dengan fakta yang dapat membantu misi pencarian.........baca lagi


                          
                          
                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.