Cari Blog Ini

Kapal Pemusnah Peluru Berpandu (USS Kidd) Ditarik Balik Daripada Operasi Mencari MH370


USS Kidd
Kapal tentera laut Amerika Syarikat yang dihantar bagi membantu pesawat Malaysia MH370 yang hilang akan ditarik balik dalam usaha pencarian, kata pegawai-pegawai di Pentagon, Isnin.

Keputusan itu diambil kerana kawasan carian itu kini begitu meluas dan adalah lebih cekap melakukan pencarian menggunakan pesawat, kata pegawai.

USS Kidd, kapal pemusnah berpeluru berpandu menyertai carian besar-besaran minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

Kapal tersebut, yang dilengkapi helikopter MH-60 telah menyempurnakan pemeriksaan terhadap kawasan seluas 185,075 kilometer persegi tetapi 'tiada serpihan atau bangkai berkaitan pesawat ditemui', katanya.

Sebelum ini, Uss Kidd dan sebuah lagi kapal pemusnah AS telah mengambil bahagian dalam usaha mencari tetapi kini tentera laut Amerika Syarikat merancang untuk bergantung kepada pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion untuk usaha itu, kata seorang pegawai.

"Dengan kawasan carian berkembang ke selatan Lautan Hindi, pesawat jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion adalah lebih sesuai dengan misi SAR semasa," kata Armada Pasifik AS, dalam satu kenyataan.

Selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 orang di atas kapal, mencetuskan carian antarabangsa secara besar-besaran di seluruh Asia Tenggara dan Lautan Hindi. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.