Cari Blog Ini

Jepun Tambah Aset Sertai Misi Cari MH370



Jepun menghantar tambahan aset menyertai misi mencari pesawat MAS MH370.

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini hari ini, dua kapal peronda P-3C Orion milik tentera laut Jepun akan memulakan operasi mereka seawal-awalnya esok.

Dua aset ini akan menyertai dua pesawat pengangkut C-130 tentera udara Jepun yang dihantar sebelum ini selain pesawat Gulfstream V daripada pasukan pengawal pantai Jepun yang memulakan operasinya hari ini, kata kenyataan itu.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh Boeing 777-200 hilang secara tiba-tiba kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam kejadian awal Sabtu.

Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 13 negara dengan lebih 100 aset udara dan laut sehingga kini gagal mengesan pesawat berkenaan.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.