Cari Blog Ini

Jangan Kaitkan Surah Yasin Dengan Misteri Kehilangan MH370, Kata Jamil Khir


Orang ramai hari ini diingatkan jangan sewenang-wenangnya mengaitkan surah Yasin dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perbuatan menyebarkan beberapa potong ayat daripada surah Yasin yang dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 pada Sabtu lalu adalah tidak betul.

Beliau turut menyarankan orang ramai agar tidak terlalu ghairah menyebarkan potongan ayat Al-Quran ataupun terjemahannya menerusi media sosial jika tidak mengetahui ketepatan maksud ayat mengikut syariat Islam.

"Sudah beberapa kali pandangan dan teguran dibuat tentang hal ini kerana ada ayat yang tidak tepat penggunaannya (tafsirannya), jadi kita jangan terlalu ghairah memasukkannya ke dalam media sosial.

"Kita akan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung hal ini.

"Pada masa sama kita bagi teguran dan peringatan sebagai didikan dan asuhan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Imam-imam Besar Masjid Negeri Peringkat Kebangsaan di Shah Alam, hari ini.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.