Cari Blog Ini

Iran Sedia Bantu Cari MH370


MH370 IIIIran sedia memberi sebarang bentuk bantuan kepada Malaysia dalam usaha mengesan pesawat MAS yang hilang, jika diminta, kata Dutanya ke Malaysia Mohammad Jalal Firouznia.
 
"Perkara paling penting ialah Iran berdiri di sebelah Malaysia. Kami sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk melakukan apa yang terdaya," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini hari ini.
 
Katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan berbincang tentang insiden dari segi umum dan politik, serta menyatakan kesediaan Iran bertukar maklumat termasuk mengenai dua warganya yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport curi.
 
Duta itu berkata dua lelaki Iran yang dikenal pasti sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan  Delavar Syed Mohammad Reza, 29, meninggalkan Iran pada 22 Februari menggunakan pasport negara itu.
 
Katanya kedua-dua mereka memperoleh visa daripada Kedutaan Malaysia di Tehran dan mereka tiba di negara ini menerusi penerbangan dari Doha, Qatar.

"Isu-isu lain seperti pasport Austria dan juga tiket ke China serta lain-lain disediakan untuknya di Malaysia. Perkara sama juga berlaku pada Delavar Syed Mohammad Reza," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.