Cari Blog Ini

India Sahkan Lima Warganya Dalam MH370 Mempunyai Rekod Bersih



Pegawai risikan India mengesahkan lima warganegara India antara penumpang pesawat Malaysia yang hilang, mempunyai rekod bersih, menurut laporan agensi berita Press Trust of India memetik kenyataan pegawai polis tidak dinamakan.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS, membawa 239 orang, hilang daripada skrin radar pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing.

Senarai penumpang pesawat itu ialah 154 warga China, 38 warga Malaysia, Indonesia (tujuh), Australia (enam), India (lima), Amerika (empat) dan Kanada (dua).

Warganegara India itu ialah Chetna Kolekar, 55, Swanand Kolekar, 23, dan Vinod Kolekar, 59, daripada satu keluarga, Chandrika Sharma, 51, dan Kranti Shirsatha, 44, menurut laporan itu.

Berikutan maklumat bahawa sistem komunikasi dan alat transponder dalam pesawat hilang itu sengaja dimatikan sebelum pesawat itu melencong daripada laluannya, polis menumpukan siasatan mereka ke atas anak kapal, penumpang dan petugas di lapangan dan turut menyiasat latar belakang semua penumpang pesawat itu.

- Bernama

* MH370 : China Nafi Warganegaranya Terlibat Keganasan, Rampasan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.