Cari Blog Ini

Imej Pesawat Di Lautan Didakwa MH370, Didedah


MH370
Imej pesawat di lautan yang dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
[mstar]- GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.

Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.

Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu kan pokok2 rasanya, bukan laut tuhh, kalo xsalah la..

Tanpa Nama berkata...

Rasanya atas darat tu.. background tu pokok, tak da rupa air laut

Syukri Hadi berkata...

Ye menang atas darat kerana pesawat tersebt brda d pulau. Memang pesawat tersebt brda d laut china lg, ttp ia d sembunyikan bahkan ada kerisis y mana nk keluarkan pswat tersbt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.