Cari Blog Ini

Future Music Festival Asia 2014 : Rupanya Kerajaan Umno BN Dapat Untung !, Patut La..........


Exco kecam 'kejar untung' dalam FMFA
[mk]- Kerajaan Selangor mengecam penganjuran konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Kuala Lumpur pada 14 lalu yang dicemari penggunaan dadah sehingga menyebabkan kematian.

“Saya kini amat takut untuk memikirkan bagaimana keadaannya belia Malaysia pada masa yang akan datang dapat melepaskan diri daripada kongkongan budaya nafsu yang meliar kepada budaya hidup yang sihat yang tenang, sekiranya pihak kerajaan persekutuan masih lagi menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' dalam mencari keuntungan dunia,” kata exco belia dan sukan negeri.

Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau juga kesal apabila terdapat menteri kabinet yang tidak tersentuh hati mereka dengan kerosakan moral yang berlaku.

Malah, tambahnya, mereka turut memberikan “saham” kepada kehancuran jati diri belia Malaysia dengan memberikan kelulusan dan kerjasama terhadap penganjuran “konsert liar” itu.

Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, maut akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun.

Seramai sembilan individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert FFMA dilapor dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Yunus juga menggesa kerajaan Persekutuan menghentikan segala program berbentuk hiburan keseronokan semata-mata dan mencontohi pentadbiran tiga negeri Pakatan. 



Kerajaan BN perlu bertanggung jawab promosi "konsert maut"
 
Kerajaan BN perlu bertanggung jawab terhadap insiden kematian dan penyalahgunaan dadah serta alkohol pada acara Future Music Festival Asia (FMFA) kerana ia membabitkan kelulusan dan dokongan dua menteri pusat.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014, 17 Oktober lalu manakala Pengarah Livescape Sdn. Bhd., Iqbal Ameer  telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi memohon menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi program.

Malah tambah beliau, Nazri menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014 manakala Khairy dalam kenyataannya pada 16 Mac memaklumkan Iqbal memohon untuk menggunakan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi FMFA.

"Khairy mahupun Nazri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini," tegas beliau.

Menurut Nik Nazmi, kematian enam pengunjung FMFA adalah peristiwa yang amat menyedihkan apatah lagi di masa yang sama, 14 pengunjung dirawat di tiga hospital di sekitar Kuala Lumpur akibat penyalahgunaan dadah dan penggunaan arak secara berlebihan.

Sejumlah 40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenal pasti.

"Tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa. FMFA tahun ini adalah kali ketiga diadakan di Malaysia. Tahun ini, dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut," ujar beliau.

FMFA mendapat dokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.

"Menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Major Events ditugaskan menjadikan Malaysia destinasi utama acara-acara sedunia," jelas Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Beliau seterusnya mempersoalkan dokongan Kerajaan Persekutuan terhadap acara tersebut dan mahukan penjelasan sama ada pihak berkuasa telah meletakkan kawalan keselamatan dan seliaan yang sewajarnya.

Mengulas isu yang sama, PAS Sarawak kesal dengan insiden kematian pada konsert FMFA 2014 di saat negara bersedih atas kehilangan serta ketidaktentuan nasib penumpang pesawat MH370.

"Konsert tersebut kononnya berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hab muzik antarabangsa sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada pelancongan bagi masyarakat Eropah.

"PAS Negeri Sarawak mendesak kerajaan agar memberhentikan setiap bentuk hiburan ketika ini bagi menjaga sensitiviti rakyat malah mencadangkan agar segala bentuk konsert seperti ini diharamkan," tegas Pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid (gambar).

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau mahu kerajaan mengkaji semula aktiviti yang terkandung dalam kalendar TMM2014 terutama membabitkan konsert-konsert liar dan artis luar negara.

"Banyak lagi konsert hiburan yang boleh kerajaan Malaysia anjurkan untuk dipersembahkan sebagai daya tarikan pelancong.

"Pelancong yang datang bukan semata-mata ingin berhibur tetapi ingin melihat budaya masyarakat berbilang bangsa yang terdapat di Malaysia yang tidak dapat mereka temui di negara mereka.

"Hiburan import dari negara mereka bukan sebenarnya tarikan utama pelancong Barat untuk melawat Malaysia," tegas Adam.

PAS Sarawak berharap kerajaan dapat mencari keadah terbaik bagi mempromosikan Malaysia sebagai "sebuah negara Islam contoh".

                  

Gambar - Gambar FMFA 2014, Di Stadium Bukit Jalil
* [Dedah] Memalukan........Kondom Di Beri Secara Percuma Di Future Music Festival Asia 2014 ?  
Video FMFA 2014 Yang Mendapat Restu Kementerian Pelancongan !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.