Cari Blog Ini

Fokus Kini Terarah Kepada 'Mereka Di Dalam' Kokpit MH370


[gambar fail]
Pegawai perisik Amerika cenderung kepada teori “mereka di dalam kokpit” – juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat komersial itu, kata pegawai Amerika yang mempunyai pengetahuan langsung perkembangan krisis itu kepada CNN, semalam.

Pendedahan itu dilakukan selepas pihak berkuasa Malaysia menggeledah rumah ketua juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pada sidang media semalam pesawat itu bertukar haluan dan ia adalah tindakan yang sengaja dilakukan seseorang di dalam Boeing 777-200ER itu.

Laporan CNN berkata, kerajaan Malaysia sudah lama mencari alasan untuk memeriksa rumah juruterbang dan pembantu juruterbang sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, hanya dalam tempoh 24 hingga 36 jam terakhir apabila data radar dan satelit menunjukkan sesuatu yang pihak berkuasa percaya menyebabkan mereka mempunyai alasan mencukupi untuk menggeledah rumah Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27.

“Rakyat Malaysia tidak melakukan perkara itu sewenang-wenangnya,” kata seorang pegawai Amerika dengan syarat nama tidak disiarkan.

Pada peringkat ini, tidak jelas sama ada Putrajaya percaya seorang atau kedua-duanya mungkin bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada pesawat itu ketika Boeing 777-200 ER (9M-MRO) hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur, kata laporan CNN itu.

Pegawai itu berkata, tiada kata putus dicapai dan semua perbincangan risikan dalaman berdasarkan kepada penilaian preliminari.

Sumber yang dekat dengan siasatan itu memberitahu CNN polis menggeledah rumah Zaharie di Shah Alam, luar Kuala Lumpur.

Dilaporkan, beberapa beg kecil seperti beg beli-belah dimasukkan ke dalam dua van di rumah Fariq.
Polis enggan mengulas mengenai perkara itu.

Najib dengan jelas berkata di sidang media semalam dengan adanya perkembangan terbaru, pihak berkuasa kini memfokuskan siasatan kepada anak kapal dan penumpang pesawat itu.

Tidak syak lagi, mereka akan meneliti senarai penumpang pesawat dan menyiasat lebih lanjut untuk melihat sama ada sesiapa dalam pesawat itu pernah menjalani latihan atau ada kaitan dengan kumpulan suspek.

0perasi mencari yang dijalankan oleh tentera laut dan pesawat daripada lebih daripada sedozen negara dihentikan serta-merta di Teluk Siam dan Laut China Selatan ke timur Malaysia, di mana pesawat berkenaan hilang daripada skrin menara kawalan awam pada 1.22 pagi Sabtu minggu lalu.

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit ialah pada 8.11 pagi yang meletakkannya di salah satu kawasan sama ada di koridor utara iaitu antara utara Thailand hingga sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan, atau koridor selatan membabitkan kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

- The Malaysian Insider

                          
                          

* Kapten Zaharie Ahmad Shah Miliki 'Simulator', Punca Polis Serbu Rumah Kapten Pesawat MH370 !

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya kerajaan sebenarnya sudah tahu pesawat ini tiada di Laut China Selatan sejak awal-awal lagi.

Tempoh masa respon untuk SAR terlalu lewat hingga perlu pengesahan bahawa pesawat tidak mendarat di Beijing. Sedangkan SAR sewajar diaktifkan sebaik sahaja pesawat hilang dari radar dan tiada respon dari pesawat.

Kerajaan Vietnam telah dua kali memohon respon dari Kerajaan Malaysia namun tiada respon diberikan menyebabkan operasi SAR dikurang.

Maklumat awal saling bercanggah antara DCA, TUDM dan PDRM menampakan perancangan menutup isu masih tidak matang.

Keluarga mangsa dikumpulkan dan cuba diterbangkan tetapi kedudukan pesawat masih tidak diketahui. Tidakkah ini pelik? Melainkan kerajaan telah mengetahui perkara ini.

Sebab utama kapal selam tak digunakan sebab inilah... tak ada guna belayar kalau dah tahu memang tak ada di Laut China Selatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.