Cari Blog Ini

Dulu ‘Game’ Kangkung, Kini ‘Game’ Bomoh


Screenshots_2014-03-14-12-45-56

Jika sebelum ini aplikasi permainan kangkung dicipta apabila populariti sayur kangkung melonjak selepas dikaitkan dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini giliran bomoh pula direka.

Hal itu dipercayai mempunyai kaitan dengan upacara ritual bomoh yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi bahan jenaka di laman sosial.

Permainan yang dinamakan ‘Bomoh Triapps’ dan dibangunkan Google Play Store itu turut memamparkan dua lelaki berserban yang memegang kelapa dan bubu sambil duduk di atas tikar.

Dalam permainan itu, pemain dikehendaki menyelamatkan penumpang dan anak kapal sebuah pesawat yang hilang daripada kuasa jahat yang bernama ‘Black Garuda’.

Sehingga kini seramai 145 pengguna daripada 178 pengguna memberikan lima bintang terhadap permainan berkenaan.

Antara komen yang diberikan adalah daripada Raisa Nur Medina yang menyatakan “Game macam harom tapi Nora bagi lima star. Mohon buat bonus level lempang buaya tembaga sampai mati”.

Moxes John pula berkata “power la tok bomoh vip kekeke… trus ada game bomoh tak sampai beberapa hari kemunculan orang tua ini”.

Sementara itu, Amar Ariffin pula berkata, “mungkin diklasfikasikan sebagai tahyul, khurafat dan mensyirikkan.

Permainan yang mencabar logikal akal manusia dan mengundang fitnah.

Jika dibangunkan pada platform PS4, mungkin akan memecah belahkan rumah tangga dan merosakkan persahabatan.

“Mohon Metrowealth tak ambik konsep ini buat movie, nanti jahanam wawasan 2020 ada kementerian pembomohan.

Walaupun game suam-suam kuku, tapi epic fun. Harap ada bonus level lawan dengan pak gad subang air port dan tampo buaya tembaga,” katanya.

Aisyah Ariffin pula berkata, “best, terharu sangat dengan kewujudan game ini… huhuhuhu”, manakala Mohd Aiman Abu Bakar pula menyifatkan, “hahaha… popular la pok cik raja bomoh dukun 1 Malaysia atokoi dan Mohamad Najib pula good job walaupun tak best aku tetap bagi five star”.

selangorku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.