Cari Blog Ini

Dua Daripada Empat Pelajar Yang Hilang Di Gunung Bubu, Ditemui Meninggal Dunia


SERAMAI 25 pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar bergambar beramai-ramai di puncak Gunung Bubu semasa mengikuti perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Kenas. Dua daripada empat pelajar Kolej Vokasional Padang Rengas yang dilaporkan hilang di Hutan Lipur Ulu Kenas di sini Ahad lalu, ditemui lemas di Sungai Gading, 13 kilometer dari kaki gunung Bubu, mereka ialah Adam Asraf Azman (duduk, kiri) dan Muhammad Amir Asyraff (duduk, kanan). - Foto BERNAMA
SERAMAI 25 pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar bergambar beramai-ramai di puncak Gunung Bubu semasa mengikuti perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Kenas. Dua daripada empat pelajar Kolej Vokasional Padang Rengas yang dilaporkan hilang di Hutan Lipur Ulu Kenas di sini Ahad lalu, ditemui lemas di Sungai Gading, 13 kilometer dari kaki gunung Bubu, mereka ialah Adam Asraf Azman (duduk, kiri) dan Muhammad Amir Asyraff (duduk, kanan). - Foto BERNAMA
Dua daripada empat mangsa yang hilang di Gunung Bubu dekat Ulu Kenas ditemui meninggal dunia kira-kira 3.20 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Adam Asraf Azman dan Muhamad Amir Asyraff masing-masing berusia 17 tahun.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar jenazah Adam Asyraf sekitar enam petang sementara jenazah Muhamad Amir pula dikeluarkan sekitar pukul 6.45 petang.

Kematian kedua-dua mangsa disahkan Ketua Polis Kuala Kangsar, Supritendan  Ahmad Rabawi Abdul Jamil.

Mangsa merupakan sebahagian daripada empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas ketika menuruni terbabit dalam aktiviti 'jungle trekking'.

Aktiviti berkenaan disertai 21 pelajar yang mengikuti perkhemahan unit beruniform di sana sejak tiga hari lalu yang turut disertai enam guru pengiring.

Sementara itu dua rakan mereka, Muhamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar sembilan pagi tadi.

Mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut. - astro awani


                                Operasi cari empat pelajar hilang dipergiatkan

Pihak berkuasa menggiatkan operasi mencari dan menyelamat 4 pelajar tingkatan lima yang hilang di Hutan Lipur Ulu Kenas.

Tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan itu dipercayai hilang sejak Ahad ketika aktiviti perkhemahan dan kesemua mereka adalah pelajar Kolej Vokasional Padang Rengas.

Kesemua mereka menyertai aktiviti perkhemahan bersama 21 pelajar dan enam guru pengiring sejak tiga hari lalu di mana mereka dipercayai hilang ketika sedang menuruni Gunung Bubu.

Seorang pegawai dan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan daripada guru pengiring Mulyadi Ali pada 10.30 malam.

Operasi mencari turut dibantu unit anjing pengesan (K9) serta unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kawasan mencari terarah sekitar Sungai Gading serta kaki Gunung Bubu.

                          
                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.