Cari Blog Ini

Dua Buah Kapal Tentera Laut India Sedang Menjalankan Usaha-Usaha Mengesan Kehilangan MH370 Di Selatan Lautan Andaman


Cari MH370 di kawasan khusus
Dua buah kapal Tentera Laut India, INS Saryu dan INS Kumbhir sedang menjalankan usaha-usaha mengesan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan-kawasan yang ditetapkan di selatan Lautan Andaman.

INS Kesari menggantikan INS Kumbhir, yang turut membawa helikopter, kira-kira pukul 3 petang semalam.
 
Selain itu, dua kapal pengawal pantai turut melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan persisiran pantai.
  
"Dua pesawat jenis Dornier milik Tentera Laut India dan Pengawal Pantai turut menjalankan carian udara di sekitar pantai Andaman," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India hari ini.
  
Menurut kementerian itu, kapal dan pesawat India telah dikerah ke kawasan-kawasan khusus yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam usaha menjejak kehilangan pesawat MH370.
  
Pihak berkuasa Malaysia juga telah meminta usaha pencarian itu dijalankan di Teluk Bengal, meliputi keluasan kira-kira 9,000km persegi.

 - Bernama

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.