Cari Blog Ini

Dokumen Jabatan Penerbangan Awam Perlihatkan Kemungkinan Laluan MH370 Selepas Dirampas


www.mynewshub.my

Gambar di atas merupakan dokumen siasatan Jabatan Penerbangan Awam dalam rampasan MH370.

Garisan merah atas dan bawah merupakan laluan yang dipercayai mungkin digunakan pihak yang merampas kapal berkenaan.

Jajaran itu selari dengan koridor yang menjadi tumpuan siasatan masa kini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar beliau tengah hari tadi.

Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga Selatan Laut Hindi.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Hari ini, kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa kapal berkenaan telah dirampas oleh pihak yang belum lagi diketahui siapa.

mynewshub

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.