Cari Blog Ini

Datuk Hamidah Osman Langgar Tataetika Umno, Umno Bahagian Gopeng Akan Menyerahkan Laporan Kepada Lembaga Disiplin Parti


Kak Midah langgar tataetika Umno
Mesyuarat Khas Umno Bahagian Gopeng semalam membincangkan tindakan ketua wanita bahagian itu yang mengkritik secara terbuka terhadap menteri besar
[sinar]- Umno Bahagian Gopeng akan menyerahkan laporan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung kritikan secara terbuka Ketua Wanita Umnonya, Datuk Hamidah Osman terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di laman sosial Facebook.

Laporan tersebut dikemukakan melalui peruntukan Perlembagaan Fasal 20.5.

Mesyuarat khas semalam turut sebulat suara menyatakan Hamidah didapati melanggar tataetika parti di Perkara 3: Kesetiaan iaitu setiap ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan  tataetika, mengikut perintah parti, patuh dan menghormati keputusan parti, menjaga rahsia parti dan memelihara nama baik dan maruah parti.

Hamidah juga turut dirujuk kepada Perkara 5.3 Tataetika Parti iaitu penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan ahli Umno yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.

Malah Hamidah juga didapati telah melanggar Perkara 7.1 Tataetika Parti iaitu ahli parti dilarang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

Mesyuarat juga  menyarankan agar Lembaga Disiplin Umno agar mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno kerana menghina parti.

Hamidah sebelum ini secara terbuka mengkritik Zambry melalui laman Facebook beliau yang kemudiannya ditegur beberapa pemimpin Umno yang lain termasuk Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Bagaimanapun, Hamidah mempertahankan kenyataannya itu dengan menjelaskan bahawa apa yang dimuat naik itu adalah luahan rasa dirinya sendiri terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Zambry.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.