Cari Blog Ini

Bomoh Jutawan Yang Rapat Dengan VIP, Berlagak Dan Sombong !


Bomoh, Ibrahim Mat Zin menunjukkan kisahnya di sebuah akhbar ketika ditemui di KLIA untuk mengadakan upacara ritual yang mencetuskan kritikan ramai dalam dan luar negara. Gambar fail.
Bomoh, Ibrahim Mat Zin menunjukkan kisahnya di sebuah akhbar ketika ditemui di KLIA untuk mengadakan upacara ritual yang mencetuskan kritikan ramai dalam dan luar negara
       Bomoh jutawan rapat dengan VIP: Mencari pesawat hilang dan rasa hormat

Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh” yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.

Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar negara.

Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan.

Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan.

“Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya.

Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional,” katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya terkenal susulan aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa, teropong buluh dan sangkar ikan untuk “menghalau semangat jahat” dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Aksi “permaidani ajaib” Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka mengkritik dan mempersenda Ibrahim.

Perkataan “bomoh” menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan.

“Saya tidak melakukan apa-apa yang haram.

“Saya guna ayat Al-Quran dan doa supaya pesawat dan penumpang boleh dikesan. Ini tidak menyalahi agama. Jangan panggil saya murtad kerana ini.

“Mengejek saya juga tidak membawa kebaikan. Saya ikhlas menolong kerajaan,” katnaya.

Dalam dua upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan “melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat menemui pesawat”.

Lelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai orang sejak berusia 10 tahun.

“Pelanggan saya pelbagai. Kebanyakan daripada mereka adalah orang penting, kaya dan ahli politik,” katanya.

Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.

Residen British pertama di Perak, J W W Birch, dibunuh oleh pejuang kebangsaan Melayu dan negarawan, Datuk Maharajalela dan Sepuntum pada 1875.

Ibrahim juga menyenaraikan peranannya dalam beberapa kejadian besar dalam negara: antaranya ialah memanggil semula roh mangsa tsunami 2004; menjejak mayat mangsa lemas di banjir besar di Kuala Dipang; mengesan mayat mangsa kondominium Highlands Tower yang runtuh pada 1993; dan melemahkan ilmu hitam Mona Fendy supaya hakim boleh menjalankan tugasnya tanpa diganggu di mahkamah Temerloh di Pahang, di mana Mona Fendy akhirnya disabitkan bersalah membunuh ahli politik pada 1993 dan dihukum gantung.

Mengenai kaedahnya yang “istimewa” dalam membantu Putrajaya mencari MH370, Ibrahim berkata, setiap individu ada cara tersendiri untuk membantu.

“Orang teknikal guna sains dan radar kesan pesawat. Saya guna ayat Al-Quran dan barangan yang saya bawa bersama ketika sesi (ritual) bukan untuk dipuja.

“Saya tidak puja barang itu kerana mereka hanya sebagai symbol. Seperti menangkap ikan, adakah kita hanya berharap dan berdoa menangkap ikan tanpa ada peralatan? Tidak, bukan?

Jadi mata kail dan perangkap ikan adalah symbol mendapatkan pesawat itu,” katanya.

Mengenai kutukan yang diterimanya sejak episode di KLIA dan cadangan beliau ditangkap kerana melakukan ilmu hitam, Ibrahim berkata, mereka tidak sepatutnya menghakiminya tanpa bercakap dahulu dengannya.

“Saya bukan bomoh tepi jalan. Saya bomoh jutawan. Saya ada perniagaan pembinaan selain membantu dan merawat orang.

Anda tidak pernah dengan tentang saya kerana saya tidak menunjuk-nunjuk kekayaan saya seperti orang lain.

“Khairy Jamaluddin (menteri belia dan sukan) hanya cakap besar tetapi dia tidak ada apa-apa.

Saya lebih kaya daripada dia,” katanya.

Awal minggu ini, Ibrahim mengugut untuk menampar Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno kerana memperkecilkannya dan meminta supaya dia ditahan.

“Dia patut hormat orang tua. Dia mungkin tidak tahu saya tetapi ahli politik yang lebih tua kenal sangat dengan saya.

Malah, Datuk Seri Zahid Hamidi ialah ketua seni mempertahankan diri kami,” katanya merujuk kepada menteri dalam negeri.

Maklum balasnya terhadap ejekan Khairy ialah beliau mengugut untuk menamparnya seperti buaya.

Khairy, bagaimanapun, tidak mengambil ugutan itu secara serius dan terus membuat lawak mengenai perkara itu dalam beberapa siri tweet menerusi akaunnya.

Dalam satu tweet, Khairy berkata:“Raja Bomoh nak tampar saya cam kokedai”.

Ibrahim berkata, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan ugutannya itu dan akan melaksanakannya jika kesabarannya teruji.

“Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan.

Saya mungkin saman dia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada apa yang hendak dimalukannya dan tidak beranggapan caranya “membantu” kerajaan mencari pesawat hilang itu meletakkan negara dalam keadaan yang memalukan.

“Tidak, saya tidak buat apa-apa kesalahan. Anda hanya rasa malu jika buat salah, dan saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Perbualan kami berakhir di situ, dan sebelum itu Ibrahim berkata, dia biasanya berjalan dengan sekurang-kurangnya 16 pengawal peribadi.

“Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya tidak berseorangan. Saya ada 16 pengawal peribadi bersama saya setiap masa.

Saya masih berfikir di mana patut yang lakukan sembahyang saya bila sampai di sana,” katanya.

Rakaman kenyataan Ibrahim Mat Zin membuat ugutan untuk menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan di YouTube.
Rakaman kenyataan Ibrahim Mat Zin membuat ugutan untuk menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan di YouTube

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.