Cari Blog Ini

'Bomoh' Jadi Trending Seluruh Dunia Dengan 200,000 Tweet, Lapor BBC



Perkataan ‘bomoh’ menjadi trending seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.

“Ia sangat memalukan ‘Malaysia’ dan ‘bomoh’ berada dalam satu ayat,” kata satu tweet.

“Bodoh, memalukan dan takbur,” kata tweet lain di BBC Trending.

Tweet berkenaan dihantar berikutan sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Tetapi, mereka kemudian mengakui tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.

Dengan menggunakan kelapa, teropong buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat.

* [Panas] MH370 : Raja Bomoh Ugut Saman Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.