Cari Blog Ini

Berani Ke JAKIM Nak Ambil Tindakan Terhadap Bomoh VVIP ?


Jakim digesa bertindak segera terhadap bomoh

[sinar]- Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) perlu mengambil tindakan segera terhadap perlakuan memalukan 'Raja Bomoh VIP', Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin demi memastikan imej Islam terus terpelihara.

Menurutnya perkara tersebut bukan bahan lawak, oleh itu tindakan segera daripada Jakim dapat menyelamatkan imej Islam daripada terus diperkotak-katikan.

"Perlakuan bomoh tersebut bukan sahaja menjatuhkan imej negara malah memalukan Islam.

"Oleh itu tindakan pantas dan segera daripada Jabatan Agama Islam saya rasa  ianya  mampu memulihkan segera imej negara dan Islam," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sementara itu, semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga turut menggesa agar pihak Jabatan Agama mengambil tindakan terhadap bomoh tersebut.

Sabtu lalu, balai ketibaan KLIA sebelum ini gempar menerima kehadiran Bomoh VIP yang mendakwa dirinya mampu 'menyeru' pesawat tersebut.

Beliau yang mendakwa berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Terbaru, bomoh berkenaan bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa lepas kononya bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang tersebut.


                               Kerajaan tak hantar bomoh kesan MH370

[sinar]- Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kononnya mampu mengesan pesawat MAS yang hilang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

"Tidak, kerajaan tidak mempelawa bomoh untuk membantu mencari MH370," katanya yang dipetik di laman akaun Twitter, hari ini.

Menurut, Khairy yang juga Ketua Pemuda BN itu berkata, alasan dan penjelasan kerajaan berhubung misteri kehilangan pesawat MAS itu terpaksa memberi jawapan yang 'sama'.

Katanya, tidak mungkin kerajaan akan menyembunyikan perkara tersebut kepada masyarakat sekiranya mempunyai maklumat.

"Kadang-kadang kita hanya perlu mengulangi perkara yang sama lagi dan lagi," katanya.

Terbaru, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan sekaligus melabelkan kerajaan Malaysia menggunakan "ahli sihir" sebagai usaha terakhir untuk mencari pesawat tersebut yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan apabila gambar dan video bomoh 'tikar terbang' tersebar sekaligus menjadi viral dalam media sosial.

Sebelum ini, media turut melaporkan  muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang itu.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut.

"Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya.

* Bukti Raja Bomoh VVIP Penyokong Kuat Umno BN !, Tersebar !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.