Cari Blog Ini

Bekas Timbalan Menteri Sertai PKR


Mohd Shariff Omar
Mohd Shariff Omar
Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno.

"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat.

Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.

Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.

Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.

Beliau secara automatik dipecat dari Umno  selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas.

Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli. - mstar

Bekas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Bantu Kempen Wan Azizah

Bekas Timbalan Menteri Pertanian DS Shariff Omar istihar keluar UMNO disaksikan Anwar Ibrahim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.