Cari Blog Ini

Bekas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Bantu Kempen Wan Azizah



[hd]- Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Shariff Omar mengumumkan untuk bersama-sama berjuang dalam PKR.

Shariff berkata, beliau juga akan membantu calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang.

"Saya berasa terpanggil untuk hadir pada malam ini untuk menyatakan sokongan saya secara terang-terangan kepada Pakatan Rakyat.

"Saya datang dari Pulau Pinang khusus untuk menyatakan sokongan saya kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Shariff yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyeru pengundi Kajang memilih Wan Azizah pada 23 Mac ini.

"Jadi marilah orang Kajang kita sokong calon PKR. Saya yakin dan percaya kita akan membuat pilihan dengan menyokong Datuk Seri Wan Azizah.

"Orang Pulau Pinang dah lama tolak Umno BN. Tahun 2008 tolak, tahun 2013 pun tolak," kata beliau pada ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang, malam tadi.

Pada ceramah itu juga, beberapa pemimpin Umno setempat termasuk NGO Melayu Pro Umno menyerahkan borang untuk menyertai PKR.

Mereka ialah bekas Ketua Cawangan Umno Batu 9 Cheras, Ketua Belia Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Ketua Belia Taman Seri Minang, Ayahanda Don Sungai Jelok yang juga Pengerusi Ayahanda Hulu Langat, Ketua Wanita Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3, Timbalan Ketua Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3, Ketua Pemuda Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3, dan Naib Yang Dipertua Pemadam bagi Daerah Hulu Langat.

Wakil mereka menyerahkan borang PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Wan Azizah yang juga Presiden parti.

Ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 hadirin itu turut menampilkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Penasihat DAP, Lim Kit siang dan beberapa pimpinan muda PKR yang lain.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.