Cari Blog Ini

MH370 : Beberapa Negara Berkemungkinan Menyembunyikan Maklumat Radar, Kerana Tidak Mahu Mendedahkan Kekurangan Dalam Pertahanan Udara Mereka


MH370: Pakar penerbangan tidak tolak penyembunyian fakta oleh tentera
Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.

David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.

Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: "Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya," katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.

Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan.

Beliau berkata, sesetengah negara ini berkemungkinan mempunyai data penting berkenaan pesawat MH370 dan khuatir ia akan mendedahkan kekurangan dalam sistem pertahanan negara mereka yang mahal.

Jika didedahkan pesawat yang tidak dikenali terbang melalui wilayah mereka tanpa dapat dikesan, ia amat memalukan sistem pertahanan, katanya.

Kerajaan Malaysia menyeru negara seperti Turkmenistan dan sekitar Laut Kaspia untuk melihat rekod radar primer mereka bagi mengenalpasti sebarang hubungan yang tidak dikenali di ruang udara mereka selepas tujuh jam pesawat B777 itu hilang.

"Berdasarkan trek laluan sebenar pesawat, jika ia menghala ke barat laut, ia termasuk jika tidak semua, sebahagian negara ini: Thailand, Myanmar/Burma, China, Bangladesh, Bhutan, India, Nepal, Pakistan, Afghanistan, dan Turkmenistan.

"Jika pesawat melalui arah itu, sudah pasti radar tentera di salah satu negara tersebut akan menerima isyarat daripada pesawat yang tidak dikenali, dan operator radar sudah pasti akan menghantar pesawat tempur untuk memintas penceroboh," katanya, dipetik MailOnline.

Beliau berkata, tentera Malaysia jelas membiarkan pesawat tidak dikenali melalui ruang udara mereka tanpa mengambil sebarang tindakan, dan tidak mengakuinya. - The Malaysian Insider

Thailand Kesan Radar Pesawat MH370, India Kata Pesawat Lepasi Semakan Radar Di Lautan Hindi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.