Cari Blog Ini

Bangunan Kediaman Di New York Meletup Dan Runtuh


Anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa kejadian bangunan terbakar dan runtuh di New York, hari ini. – Gambar Reuters, 12 Mac, 2014.
Anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa kejadian bangunan terbakar dan runtuh di New York, hari ini
Bangunan kediaman di kejiranan East Harlem di New York meletup dan runtuh hari ini, menyebabkan kebakaran teruk dengan asap tebal terkumpul di kawasan itu, kata pegawai rasmi.

Stesen televisyen tempatan melaporkan beberapa orang awam mengalami kecederaan ringan dalam kejadian di Street 116 dan Park Avenue itu.

Rakaman televisyen menunjukkan serpihan berterbangan ke seberang jalan.

“Ia adalah letupan dan bangunan runtuh,” kata jurucakap Jabatan Polis New York kepada AFP, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami menerima panggilan pada jam 9.34 pagi. Ia adalah bangunan kediaman. Jabatan Bomba New York dalam proses memadamkan api,” kata seorang lagi jurucakap polis. – AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.