Cari Blog Ini

Australia Tidak Ada Maklumat Tentang MH370, Kata Perdana Menteri Australia


Australia tidak ada maklumat tentang MH370SYDNEY: Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.

Beliau yang ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat itu dekat dengan Australia memandangkan pesisir pantai baratnya bersempadan dengan Lautan Hindi, Abbott berkata: "Saya tidak ada maklumat seperti itu."

"Tetapi semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk melihat apakah ada apa-apa maklumat yang boleh membantu (kita) memahami misteri ini," katanya seperti dipetik oleh AFP.

Siasatan setakat ini mendedahkan pesawat MH370 itu telah dengan sengaja dilencongkan daripada laluan asalnya dan terbang beberapa jam selepas lencongan itu, sama ada menuju ke utara di sekitar rantau Asia Tengah atau ke selatan sampai ke Lautan Hindi.

Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.

Australia mengerahkan dua pesawat peninjau Orion untuk membantu usaha mengesan pesawat jenis Boeing 777-200 itu yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing semasa ia hilang.

Menurut Abbott, sebuah daripada pesawat itu kini sudah dikerahkan pula ke Lautan Hindi.

"Saya akan menghubungi Malaysia hari ini untuk melihat kemungkinan bantuan tambahan yang boleh Australia tawarkan," katanya.

Enam warga Australia adalah antara 239 orang yang menaiki pesawat penerbangan MH370 dan ahli keluarga serta waris mereka masih berharap mereka masih hidup.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi ia mungkin dirampas dan itu memberikan saya harapan," kata David Lawton kepada Australian Broadcasting Corporation pada Isnin.

Adiknya, Bob "Pada zaman ini dengan teknologi yang ada, kita rasa mereka boleh mencarinya tetapi tidak.

Saya tidak salahkan sesiapa. Saya hanya mahu tahu nasib mereka," tambahnya.

* astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.