Cari Blog Ini

Apa Macam Macai-Macai Umno, KDN Akui Klip Video 'Onederful Malaysia' Tidak Perlekeh PM


KDN akui Teresa Kok tidak perlekeh perdana menteri dalam klip video ‘Onederful Malaysia’
Susulan daripada kenyataan salah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu tawaran tampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, satu penjelasan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh kementerian dan mengaku Teresa tidak memperlekeh perdana menteri dalam videonya 'Onederful Malaysia'.

Teresa Kok berkata, penjelasan rasmi yang diterima beliau tersebut yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac dan mengakui bahawa jawapan yang diberikan pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat oleh pihak NGO Islam.

Kata Teresa, surat tersebut diterima selepas pihaknya membuat desakan terhadap kementerian tersebut agar memperbetulkan jawapan yang diberikan kepada parlimen awal minggu lalu.

"Sudah tentu ini bukan permintaan yang kita tuntut tetapi saya tetap gembira apabila Timbalan Kementerian Dalam Negeri sudah membuat pembetulan dan menjelaskan kekeliruan itu.

"Saya menerima jawapan tersebut dan untuk itu, tidak akan ada pembentangan sebarang usul untuk membawa timbalan menteri itu ke Jawatankuasa Parlimen," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ekoran itu, beliau juga berharap Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasrah dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin mengikut tindakan kementerian itu yang berani mengakui kesilapan.

Manakala Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata Pakatan Rakyat (PR) menghantar satu usul untuk membawa kedua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gara-gara serangan ke atas Kok berhubung isu video tersebut.

Katanya serangan dan tuduhan kedua ahli parlimen tersebut adalah tidak berasas sama sekali kerana jelas video tersebut langsung tidak menyentuh mengenai agama, pemerintah dan mengambil kesempatan di insiden Lahad Datu.

Sidang Dewan Rakyat 17 Mac lalu menyaksikan ahli parlimen Kinabatangan dan Lenggong menuduh Kok dengan berkata video tersebut mengundang keadaan tidak baik di kalangan rakyat dan menyentuh soal sensitiviti agama Islam.

Ahli Parlimen itu juga mendakwa Kok menghancurkan perpaduan kaum dalam negara dengan bertindak menyiarkan video tersebut.

"Dengan itu saya sudah menghantarkan usul kepada sidang dewan rakyat bagi kedua ahli parlimen itu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan.

"Saya juga mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat  mengenai usul tersebut," katanya.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.