Cari Blog Ini

11 Telefon Bimbit Pemimpin Dan Penggiat Parti Digodam, SKMM Berdiam Diri



Pemimpin PKR menuntut kawalan keselamatan lebih ketat daripada pihak berwajib apabila telefon bimbit 11 pemimpin dan penggiat parti itu digodam minggu lalu.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh berkata, syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) seolah-olah tiada sebarang isu dengan masalah itu.

“Isu yang rasa lebih penting ialah isu keselamatan. Bagaimana senangnya nombor telefon kita digunakan oleh sesiapa untuk hantar mesej bukan dari kita. Hal ini harus dilihat serius oleh syarikat telekomunikasi.

“Hal ini amat serius dan lebih besar dari kandungan SMS itu sendiri. Siapa tahu mesej yang dihantar itu boleh digunakan untuk memerangkap kami pada masa depan,” kata beliau dalam sidang media di Kajang hari ini dipetik Malaysiakini.

Menurut maklumat daripada Bilik Gerakan Utama PKR untuk pilihan raya kecil Kajang, setakat ini telefon bimbit 11 pemimpin dan ahli parti itu digodam.

Selain Fuziah sendiri, turut dikatakan menjadi mangsa Timbalan Presiden Azmin Ali, naib presiden Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, beberapa wakil rakyat serta pemimpin akar umbi di Kajang.

Azmin, Tian Chua dan Izzah pada 14 Mac lalu mendakwa, penggodam menggunakan telefon mereka untuk menyampaikan SMS memecahbelahkan parti.

PRK Kajang : Telefon Bimbit Lima Pimpinan PKR Digodam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.