Cari Blog Ini

1,000 Nelayan Bantu Cari MH370


MH370

[sinar]- Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menggerakkan lebih 1,000 ahlinya di seluruh daerah ini untuk membantu pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Ahli Lembaga Pengarah PNK Kuantan, Talib Husin berkata, nelayan yang digerakkan ini adalah terdiri daripada semua kategori termasuklah nelayan pesisir pantai dan laut dalam.

Menurutnya, pihaknya sudah maklumkan kepada nelayan yang terlibat untuk memberitahu kepada pihak berkuasa jika menemui sebarang penemuan di laut.

“Setakat ini ada lebih kurang 20 bot jenis C2 sedang berada di tengah laut dan mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini menggunakan walkie-talkie.

“Kebanyakan bot laut dalam ini boleh berhubung terus dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Buat masa ini, saya belum menerima laporan mengenai penemuan oleh nelayan di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, nelayan bot kelas C2 itu juga boleh pergi ke kawasan 60 batu nautika dan secara tidak langsung boleh membantu pihak berkuasa mencari pesawat yang hilang ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, nelayan tradisional dan nelayan pesisir pantai juga boleh memantau ketika mereka pergi menangkap ikan.

“Jika ada sebarang penemuan, mereka boleh terus pergi ke pihak berkuasa,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau 100 nelayan ni jumpa pesawat, tukar kumpulan mereka menjadi Pasukan Komando SAR.

kita mohon US balik la pi belajar lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.